Pages

14 April 2014

apa ada pada nama

hulllaaaa...

hari ni cik farah nak story morry pasal nama cik farah... nama yang mama and abah beri ialah siti farah yang bermaksud miss happy... tapi as usuall mmg empunye nama farah ni punyer lah ramai...

masa masuk kat mrsm dulu pun ada sorang ni pun bernama siti farah.. so kadang2 bila panggil siti farah dua2 menyahut...hahha...tapi cik farah x lah rapat sangat dengan dia.. lagipun kelas lain2... yang boleh menjadi panggilan cik farah adalah QORASH pun cik farah tak tahu macam mana kisah bermula...end up budak kelas dah panggil QORASH... so sesapa yang panggil i nama tu mesti tahu ini mesti dari batch mrsm...hahah

satu lagi nama pendek diorang panggil CIKFA..especially dalam grup wassap..malas nak type cik farah last2 jadi CIKFA..tapi tak kisah sebab i pun suka nama tu..macam gedik2 gitu...
ni lah geng yang panggil i cik fa.. geng makan2..

yag paling best satu lagi nama diorang panggil cik farah ialah CIKA... OMG...!!! macam buah ciku ataupun cuka jer kan..ni semuanyer miss typo Mektie yang selalu jer typo bila type msg..kekadang gelak sakan jugak dengan diorg nih...akhirnya dah lekat jugak diorg panggil cik farah as CIKA... cika pun cika la...aiman x kisah...

yang ni yatt...mmg dia yang org pertama panggil i cik meyah..

selain dari tu ada geng travel cik farah yang nama Yatt ni panggil cik farah CIK MEYAH... kenapakah..?? sebab nyer i ni giler kaler merah dulu2 so apa2 jer yang nampak merah sure macam angau sasau smer ada...dari pada tu lah diorg panggil i cik meyah...tapi nama ni jarang sangat di panggil di khalayak umum...

tapi bila dah kerja ni mostly ramai yang panggil i farah...cik farah tak pun puan farah...ohh..i dah nampak tua dah ker sampai di panggil puan...dulu ada jugak masa company lama diorang panggil smer staff guna pangkal nama...so lekat la jugak nama SITI untuk cik siti farah ni...

apa-apapun nama yang di panggil..tak kisah lah panjang ke pendek ke...best ke tak yang penting hati empunyer nama mesti lah berperwatakan cantik...apa ada pada nama kalau nama yang cantik tapi budi pekerti agak terukkan...



11 April 2014

bermusafir aku di jeddah

tajuk entry macam puitis giler kan...cik farah sebenarnya ada sedara dekat Jeddah...so kebetulan kitorang ada di mekah masa buat umrah hari tu maka kitorang kontek lah auntie soffa iaitu kazen abah...kiranya klu dengan cik farah pertaliannya jadi mak sepupu la kan...bagaimana diorang bulih menetap di sini di ceritakan oleh abah cik farah...

dedulu pakcik abah ni iaitu ayah auntie soffa ni telah membawa diri bersama keluarga ke jeddah ni dan menjadi nelayan di situ...daripada cerita mereka kehidupan sebagai orang luar mmg susah tambah2 lagi tiada sedara mara..tapi alhamdulillah diorg ni berusaha untuk memajukan diri keluar dari kepompong yang susah nih...

diorang ada 5 adik beradik.. 2 orang dah meninggal ..2 lagi menetap di jeddah dan seorang lagi menetap di malaysia...masa kat mekah diorg dtg pickup kitorang untuk bermalam di rumah diorang lah..

 auntie soffa ni yang 2 dari kiri..besar jugakkan orang nyer dah ikut baka orang arab sudaa..layanan yang diberikan kepada kami mmg cemerlang terbilang sekali..maklum lah sedara jauh harus diraikan...sepanjang umor kami sekeluarga inilah first time cik farah dan keluarga jumpa family diorang...

sebelah cik farah tu anak first auntie soffa..amik course dentist dan yang sebelah chupie tu anak dia yang no 4...alhamdulillah semua nya hampir berjaya..ada yang anak no 2 tu blaja engineering kat japun...tapi kalu korang tgk anak beranak diorg ni mmg berbadan besar..suami auntie soffa jer yang slim melim...kata diorg lah kan tapi tak tahu betul ke tak...orang2 arab ni mmg suka berbadan besar...wallahualam...

 ni kat rumah auntie soffa..giler besar ada 8 bilik tapi katanya kalau diikutkan tahap kehidupan mereka hanya di kelaskan sebagai kelas  moderate jer...macam ni dah moderate...kalu yang kaya tak tahu lah macam mana...dalam family diorang hanya auntie soffa dan suami dia jer yang boleh bercakap melayu...anak2 smer tak paham apa bahasa kitorang ckp...diorg tak panggil bahasa melayu tau tapi dia org panggil bahasa jawi...kiyuk jer...

kami di bawa pusing bandar jeddah...gila sakan jugak kami shooping esp mama and cik nah...jubah tak yah cakap lah mmg rambang mata...cokelat...??? mmg so tempting...mujur cik farah bukan penggemar cokelat...



kedai jubah ada kat mana2 jer...ada yang rege biasa2 dan ada yang boleh capai ribu riban..hakikatnyer mmg cantik sangat...macam saiz cik farah nih mmg x de sangat choice sbb i kan inci tak berapa nak inci...klu ada yang berkenan kita kene minta dia otter lah ...byr 5 rial siap dalam 1 jam...pantas kan

ni plak kat tengah2 bandar jeddah...kitorg jalan kaki jer dari satu kedai ke satu kedai..



 kat sini kawasan kedai cokelat yang macam2 ada..bukan cokelat jer..kacang pun ada...pekerja kat sini plak boleh cakap melayu sebab dia orang sarawak so senang lah nak deal...
mama posing kat depan entry Gabil Street..selepas memborong kacang kismis dan cokelat...smer tu kak ah yang tolong bawakan...sian kak ah..


kami di bawa oleh aunti soffa ke laut merah...keadaan masa tu punyer berangin..nak kata panas tak panas dan nak kata sejuk tak sejuk...ok lah kan stakat untuk bergambar ke apa...



ni cik farah bergambar berlatar belakangkan rumah persinggahan atau istana kot king arab saudi...masa pusing2 hari tu cik farah tengok memang besar lah istana nih...sepanjang laut kot...



alhamdulillah...layanan mereka mmg superb meraikan kami dari malaysia...makan di rumah mereka dengan lauk yang mmg byk sangat tapi yang peliknyer ala-ala melayu plak...siap letak budu bagai lagi...hmmm...kalau dah tekak melayu tu mmg tekak melayu jugak kan...

apa-apapun insyaAllah semoga kami kembali melawat kamu semua di bumi jeddah...


10 April 2014

i know how to cook

hari ni macam nak buat sesi luahan hati jer...sebenarnya dah lama memendam  rasa...chhheewaaahhh... ramai yang tahu mama and kakak cik farah suka memasak dan boleh di kirakan pandai memasak sebab diorg siap menerima tempahan lagi... tambahan plak keluarga kitorang suka makan dan buat makan2 kat umah ajak sedara mara lain join...sesungguh nya menjamu makan kepada orang adalah berkara yang mulia...

tapi adakah korang tahu aku pun reti jugak memasak...hahah....ayat riak gilerrr...sebenarnya cik farah bukannyer tak pandai masak cuma cik farah malas nak memasak...sejak dulu lagi asal balik kelantan jer tukang masak dah tersedia...klu tak mama for sure kak ah yang akan memasak..mmg beruntung cik farah...mmg tak der chance nak berperang kat dapur...

cuma kadang-kadang cik farah agak sentap jugak..eh .. seswai tak guna ayat sentap ehh... citer dia begini...kalau kitorang buat makan-makan kan so sedara yang dtg mesti tanya "ehhh..saper yang masak nih"...pastu adalah mulut2 macam puaka cakap.."mestila kak ah yang masak..farah buka reti pn masak..." huh...yang ni ok lagi...ada sekali tuh i ajak sepupu sepapat datang makan2 kat umah kan...boleh plak yang sorang tu cakap " u ajak2 nih u ke yang masak...i tak nak makan klu u masak...bukan u reti pun.." .. huh... hilang terus niat nak buat baik...  hello..uolss cakap jer nak makan apa..western..melayu ..masakan thai...indian cuisine...cik farah boleh masak tau...oppsss..!!! alamak...terRIAK skejap...hehehe

sebenarnya statement diorg tu biasa je pun bg korang yang baca nih cuma maybe cik farah agak tersentap sikit lah sbb asyik kene perli jer..perlu kah kita nak canang dekat satu dunia yang kita boleh memasak itu dan ini...yang ini kita masak yang itu kita masak...sabarjer la wahai hati...

ok..dah siap sesi luahan perasaan...bye...

09 April 2014

kopitiam kita

alhamdulillah...wiken hari tu cik farah balik klate sebab ader urusan sikit...so ahad tuh ajak mama keluar ronda2 pusing town...standard la klu hari keje bukan nyer ramai manusia kat bandar tapi klu waktu holiday....mmg mitak ampun sbb tak nak masuk bandar...sesak dia kalah sesak lalulintas kat kl...

ok dah merapu plak...cik farah dah lama teringin nak gi kopitiam kita ni sbb ramai bebenor yang duk post pasal menu roti titab dia... asihhh...apa lak jenis roti titab nih...

sebenarnya roti toaster jer pastu letak kaya setiap bucu then letak telur mata separuh cotekkk kat tengah2 roti tuh...hahaha...tapi memang sedap lah sbb  makan panas2 lagi dan garing lak tu...cum cik farah tak gemar telur masak separuh tu so pass dekat mama...hahaha...mmg jakun betul aku...

ekceli kopitiam ni agak tersorok jugak tapi di sebab kan menu yang menarim ni mmg ramai yang akan singgah kat sini...kedainyer biasa jer...kat dinding plak ader pic vip and artis yang datang makan kat situ...toke dia mmg suka amik gambar bekali...


so ini lah rupa kopitiam kita


01 April 2014

ziarah mekah al mukarramah

hari tu macam kecewa nak gi makan salmon dengan cik yatt tapi last2 kedai baru tu penuh sangat..menonggeng frust tau... oppsss...

sambung balik kisah ziarah cik farah di kota mekah...selalunyer sesiapa yang dah gi mekah mmg akan ziarah tempat yang sama je dengan cik farah ziarah nih...ziarah pertama sekali cik farah ke jabal tsur yang merupakan tempat persembunyian Rasulullah dengan sahabat baginda iaitu Abu Bakar As Siddiq di dalam gua dari kafir Quraisy ketika hendak berhijrah...korang ingat tak kisah labah-labah yang membuat sawang di pintu gua dan juga burung merpati yang membuat telur agar kafir Quraisy beranggapan gua yang di huni oleh Rasulullah dan sahabat selama 3 hari 3 malam ini tiada penghuni...sirah ni la yang berlaku di jabal Tsur..




 cik farah and mama

kitorang tak panjat pun bukit ni sebab mengikut kata mutawwif kitorang untuk sampai ke dalam gua tu mengambil masa dalam satu jam sebab laluan mmg agak mencabar dengan batu-batu..

seterusnya kami di bawa ke jabal rahmah yang di katakan tempat pertemuan nabi adam dan hawa...jabal rahmah ni berada di tepi padang arafah yang mana padang arafah ni tempat jemaah haji melakukan ibadat wukuf.. terdapat monumen di puncak bukit yang menandakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa tapi kata mutawwif cik farah tiada nas-nas yang sahih mengatakan sedemikian..






korang nampakkan tiang 4 segi kat atas bukit tuh...orang ramai selalu panjat dan tulis nama sesapa yang nak cari jodoh...mesti korang ingat aku panjat jugakkan...haha ... tak panjat pun...doa dalam hati jer sebab kata ustaz doa yang paling mustajab adalah di dalam tanah haram...sedangkan kat sini dah luar dari tanah haram...tapi tak kisah lah sebab klu nak berdoa kat mana2 pun boleh kan...sesungguhnya Allah Maha Mendengar..korang mesti dah boleh agak dah apa yang cik farah doa kat situ kan...hahah...

sebenarnya jabal rahmah ni ada sejarah dengan Rasulullah di mana di jabal rahmah ni lah Rasulullah menerima wahyu terakhir baginda..


yang sebelah kiri sekali ni makcik cik farah...

kami juga di bawa melawat ke kawasan-kawasan ibadat haji seperti muzdalifah..padang arafah..mina...tak singgah pun cuma drive through jer...wahh..macam mcDonald lak drive thru..


khemah jemaah haji di Mina


arafah..

ziarah yang kedua plak cik farah dan kaum kerabat di bawa ke ladang unta... kat sini diorang ada kandang unta yang berkelompok...maknanya satu kandang ke satu kandang tu jauh2 sikit lah...




korang tgk anak buah cik farah, si chupie yang dah di botakkan tuh...dah tinggi dan besar dah..macam bouncer plak aku tgk...kalau amik pic jer mesti susah nak senyum...aishhh...kata chupi itu pic control macho la tuh..

kat sini macam biasa ada jual susu unta..yang fresh dari ibu unta lagi...lepas dia perah dari unta dia terus letak dalam botol...susu unta dalam satu botol air mineral yang kecik tu harga dia 5 rial..


susu unta yang sedang di perah..


susu yang diperah diletak dalam bekas ni...berbuih-buih lagi uollsss...macam tea tarik lak dia punyer buih...korang nampak tak botol yang kat hujung pic ni ..yang tu la rege dia 5 rial... mula2 cik farah tak nak minum tapi diorang kata tak der raser apa pun ...macam susu dutch lady yang putih tuh..x der perisa...hakikatnya bila dah minum mmg best..langsung tak der rasa apa...

last pit stop kitrang ialah ke muzium senibina masjidil haram dan masjid nabawi...rasanyer muzium ni baru di bukak kepada pelancong di mana didalamnyer menempatkan sejarah senibina bg kedua2 holy masjid nih...







yang ni merupakan model bg masjidil haram yang akan datang..masa cik farah pegi tu byk sangat construction..dalam 1/3 jer kawasan masjid tu boleh i gunakan dan mmg agak pack jugak lah terutama weekend sebab local people akan dtg buat umrah sama..



pic yang kanan atas tu merupakan bingkai hajaratul aswad ..kanan tgh tu pintu kaabah dan kanan bwh sekali tuh merupakan telaga air zamzam...


 kitorang pun tak dibenarkan lama berada di dalam muzium ni hanya lebih kurang setengah jam gitu jer.. maklumlah ramai lagi yang menunggu kat luar..tambahan pula bas yang membawa kami tak dibenarkan menunggu lama klu tak akan di kenakan charge tambahan...mmg semuanya duit...hahaa..

usai sudah sudah ziarah cik farah di mekah dan yang lain punyer aktiviti adalah beribadat ...Ya Allah moga ibabat ku ..keluargaku dan orang2 yang aku sayangi di terima oleh Mu...dan jadikan lah kami semua tetamu Mu di setiap tahun... insyaAllah..

nanti cik farah  cerita plak entry pasal cik farah jumpa sedara cik farah yang tinggal dekat jeddah..

28 March 2014

belajar menabung

entry hari ni nak citer pasal cik farah yang baru belajar menabung... umor dah 3 series baru nak blajar menabung...tak ke teruk perangai ni...
sebenarnya bukan menabung apanyer...bila cik farah ada niat nak beli something yang agak pricey sikit untuk reward diri sendiri cik farah akan guna jer duit yang mana ada...kalau korang pun kerja siang malam mesti nak jgak reward untuk diri sendiri kan...bila pikir2 balik mesti macam sayang plak guna duit tu gedebuk bayar untuk benda alah tuh...

so cik farah belajar dari cik juju sebenarnya sbb cik juju ni suka sangat pergi kursus dengan hal2 yang berkaitan pengurusan kewangan ni...cik juju ajar cik farah supaya simpan duit RM5 atau RM 20 setiap hari...so bila kita asyik simpan jer dan jgn guna duit tu sampai takat mana yg kita nak baru lah kita tukar dengan barang2 yang kita beli atau pu simpan jer dalam bank... klu cik juju dia menabung dalam bank...klu cik farah mmg guna untuk beli something lahh...



tak tahu la bg korang praktikal ke tak tapi bagi cik farah rasa memang berguna untuk diri i tau... mula-mula lepas cik juju citer cara menabung ni cik farah rasa macam menarik jugak...mula la aku amalkan cara ni untuk suka2 jer la...tetapi dah jadi addict plak...pantang jumpa note RM5 mmg simpan kat celah2 purse...last2 makin lama makin byk plak....bila dah kira2 total note rm5 tu smer, cik farah dah dapat beli benda yang cik farah idamkan sebelum gi umrah hari tu...alhamdulillah..so rasa macam mmg berguna ilmu menabung cik juju nih...klu harapkan nak beli dengan duit yang dapat dr payment ni mungkin lambat lagi kot sebab setiap kali nak beli rasa sayang plak segedebuk melayang duit tuh...walaupun ni gedebuk jugak melayang tapi tak der la rasa sangat sebab ni duit rm5 yang dikumpul2...haha...x der lah berkira sangat...eehhh..macam berbelit plak ayat nih...haha...harap2 korag paham ....

so hasil pertama dari belajar menabung kaedah cik juju nih cik farah beli rayban ...sebab nak ganti rayban yg kene curik hari tu...hahhaa...



kan dah melaram cik farah dengan spec baru tuh...

so sekarang cik juju ajar klu nak cepat kumpul plak note rm20... baiklah..cik farah mendengar arahan penasihat kewangan cik farah...sebab ada benda lagi yang nak di beli...haha...jeng..jeng...jeng... jam tangan .. mu tunggu aku beli...

kes jam tangan ni hilang masa kat toilet RnR tapah..kesilapan diri sendiri...satu lagi ranap tak boleh di selamatkan lagi masa gi china...semua kesilapan diri sendiri...hancusss...

by the way cik juju...tenkiu for ur advice...cik farah mmg menghargai sangat...nnt ajar lagi teknik menabung yang lain plak cay...sayang cik juju...

26 March 2014

umrah part 5

alhamdulillah...kami sampai di mekah al mukaramah pada awal pagi dalam pukul 3 pg masa tu dan setelah selesai check in bilik smer kami meneruskan ibadat umrah wajib kami...

first time sampai ke masjidil haram tu hati dah memang berdebar-debar...belum tgk kaabah lagi...huh...bila dah tgk kaabah...subhanallah...rasa sayu sangat2...air mata mengalir tapi cover jugak sebab masa tuh grup kitorang ramai kat situ...klu cik farah sorang jer tak per la... hahaha


alhamdulillah...dari tawaf ke saie safa-marwah dan bertahlul maka selesai juga umrah wajib kami..semoga mendapat umrah yang mabrur...

cik farah sebenarnya takut jugak sebabnya kalaulah masa nak tawaf tu kene tolak2 maklum la sakit akibat slip disc cik farah pun masih tak elok...tapi Allah Maha Mendengar..sakit cik farah secara tak langsung hilang dan mmg tak der kekangan langsung untuk beribadat..syukur pada Mu Ya Allah...

setiap sudut di dalam masjidil haram di sediakan air zam zam... so saper2 yang nak minum mmg di persialakn jer...air ini tak kan pernah habis walaupun berjuta2 umat manusia dtg ke masjidil haram..dan siap boleh di salurkan ke madinah lagi..


ni la tong2 air zamzam yang ada disetiap sudut... mmg dingin sangat air dia...dan ader jugak yang suam2 khas untuk jemaah yang tak suka minum air sejuk..


yang ni plak laluan nak ke kaabah..masa cik farah pergi tuh byk sangat renovation dalam masjid tuh..persiapan untuk musim haji katanya..so umpama 1/3 jer kawasan masjidil haram yang boleh di gunakan...agak padat jugak lah sebab ramai sangat umat manusia...



ni merupakan pintu masuk utama iaitu pintu king abdul aziz.. ini lah laluan cik farah setiap hari nak gi solat...kadang2 kalau lambat datang masjid mmg berebut2 cik farah dengan jemaah...stress jugak rasanyer tapi kene byk bersabar...


 ni cik farah selepas buat tawaf sunat..masa ni si chupie yang temankan...bagus betul anak buah aku sorang nih..siap jaga che sue dia dari kene tolak lagi..tengok lah badan dia besar mana...hahaha..tapi ni bukan tolong saja2 tau..che sue siap kene bagi upah lagi cay..aiskrim la..tea beng laa....aishh...


selalunyer 45 minit before nak azan tuh kitorg dan siap sedia dah nak gi masjid..lets say klu terlambat la kan mmg kene solat kat dataran masjidil haram la...tapi tak yah bimbang sebab mmg bersih..para penjaga masjid ni mmg sentiasa pegang penyapu...siap boleh baring lagi uolls...sejuk sangat..


ni cik farah dekat dataran masjid tengah tunggu solat isya rasanyer..belakang cik farah tu hotel as-safwa dengan clock tower...nampak kan menara jam yang tinggi tu..ini merupakan antara hotel yang mahal lah kat situ..cik farah tak stay kat sini..tapi tahun lepas mama cik farah stay kat sini katanya mmg best...okies...lepas nih jom kita stay kat sini...insyaAllah..


 masjidil haram di waktu malam...cantikkan...


mama and cik farah...

teringat satu kisah masa kat sini...korang kenal kan rizalman pereka fesyen tuh... cik farah nih tahu dia dtg mekah buat umrah jugak sbb follow dia kat fesbuk...


dalam hati ni kata bestnyer la klu dapat jumpa si rizalman nih...masa tu rasanyer tengah jalan-jalan nak gi  solat zuhur klu tak silap... then lepas selesai jer solat tuh cik farah pergi kat as safwa nak makan dekat di saji~felda...kat situ ada jual makanan melayu .. mmg dasar perut melayu kan nak jugak cari makanan melayu kat mana2 pun...haha...gamba kat bawah ni lah. disaji~felda..roti canai kosong 3 rial ok..roti canai telur 6 rial..tea beng 5 rial..nasi lomak yang bungkus dengan daun pisang tu 6 rial...yang letak dalam pinggan 12 rial...haha...ok la kan harga kat oversea lah katakan...baik lah kita sambung balik citer rizalman tadi..


tup tup masa tengah beratur nak beli makanan tetiba jer rizalman tengah dukung anak dia si Aali tu melintasi cik farah....gila kau x happy...terus cik farah panggil nama Aali..haha..dia angkat kening sambil senyum dan mengangguk dekat i tanda menyapa la tu kononnya...tapi tak sempat pula nak amik pic sebab dia ada kerja kot cepat jer berjalan si rizalman tuh..so dalam hati berkata mmg mustajab doa di tanah haram...cepat jer Allah makbulkan...itupun hanya sekadar terlintas di hati...alhamdulillah...sebab aku minta nak jumpa so mmg Allah bagi jumpa jer laa...klu minta jumpa dan amik pic sure dapat amik pic nnt...hahaa..

persekitaran masjid mmg di penuhi dengan burung merpati..tapi takder najis pun yang terbiar kat sini..mmg sentiasa bersih..siap bleh bg makanan lagi...hehe...

dan last sekali ada eskrim yang best sangat...sebenarnya biasa jer tapi bila dah cuaca panas ni mmg la jadi sedap...lepas solat jer cik farah selalu beli eskrim nih upah dekat chupie supaya rajin gi berjemaah..3 rial sajo...tapi cik farah pun join skali sebenarnya...hahaha


teruja tak korang tengok..

nanti kita sambung lagi cerita umrah cik farah...harap korang tak boring kerana ini adalah sekadar perkongsian dan tidak bermaksud untuk membangga diri...astaghfirullah hal azim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...